Sunday, November 16, 2008

Barack Obama, Anda dan sejarah

Semalam, seluruh dunia menyaksikan kemenangan golongan minoriti African -American selepas majoriti penduduk Amerika menyokong Senator Barack Obama sebagai presiden Amerika yang ke 44.
Sebagai rakyat Malaysia, apakah yang boleh kita pelajari daripada kemenangan tersebut?
Walau dimana juga kedudukan kita ketika ini, walau apa pun bangsa kita, walau apa jua halangan atau cabaran yang telah ditempuhi asalkan kita mempunyai keazaman, keinginan keyakinan dan kepercayaan, kejayaan bukanlah satu perkara yang mustahil. Obama telah membuktikannnya.
Sekiranya Obama mampu mencipta sebahagian sejarah Amerika, walaupun tidak dilahirkan dalam keadaan mewah, Anda juga pasti dapat mencipta sejarah hebat Anda yang tersendiri.
Mungkin Anda tidak mencipta sejarah sebagai seorang perdana menteri atau presiden, cukuplah satu sejarah untuk diri Anda ingati, sejarah hebat untuk Anda bercerita kepada generasi keturunan Anda. Sejarah yang menjadikan diri Anda sentiasa dikenang dan dikagumi dan sejarah yang memberikan panduan dan semangat untuk generasi keturunan Anda sentiasa mencipta kejayaan demi kejayaan.
Percayakah Anda, adakalanya sejarah yang menjadikan kita dan generasi kita terus gagal, dan sudah pasti sejarah juga yang menjadikan diri kita cemerlang dan gemilang.? Percayakah Anda? Jom kita bincang sebelum saya memberikan lebih huraian untuk artikel saya yang akan datang.

No comments: