Monday, November 17, 2008

Buah manggis & kaitannya dgn Islam..(”,)

Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.
Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
“Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng,” kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.
“Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?”
Ah Seng tersengih mendengar soalan-soalan Haji Seman.
“Eh… Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi,” katanya menjawab sekaligus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.
“Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man,” katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkay cina ini.
Tapi…
“Tapi apa, Ah Seng,” dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.
“Pak Man tak marah kalau saya terus terang?” Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.
“Cakap le. Aku tak marah,” kata Haji Seman memberi jaminan.
“Sebenarnya, Pak Man,” Ah Seng memulakan.
“Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak. Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya.”
“Oh… Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,” tanya Haji Seman.
“Dimana kamu letakkan ugama Islam?”
“Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat.”
“Ah Seng… Ah Seng,” Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.
“Begini, Seng,” sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari
keranjang.
“Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang
dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak.”
Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.
“Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa,” Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.
“Mmmm… Manis. Bagus manggis ni.”
“Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le.”
“Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya.”
Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

~~ p/s: Hmm, menarik sungguh kisah ni.. menyedarkan sy ttg kepentingan utk m’jadi seorg daie yg kreatif & mampu think out of the box..selain tu, kita juga perlu sentiasa tafakur melihat alam sekeliling krn di sebalik ciptaan-Nya, t’sirat byk pengajaran berharga.. =) ~~
pp/s: saya suka manggis!

Selasa....10.30pg...ofis BBG....

persahabatan



“PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah.Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan.Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.Sukarnya mencari sahabat sejati.Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah.Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.Rosaknya keperibadian seseorang.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain.Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi musuh.Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusia.Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.
Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik.Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Wasiat Pengebom Bali & Syaitan di REJAM dengan 'petir' ketika TRIO syuhada di hukum mati

Serang – Tepat hari Minggu (9/11) jam 08:30 WIB, jenazah Abdul Aziz alias Imam Samudra tiba di rumah orang tuanya di Komplek Pasir Indah Kaligandu Serang,dengan menggunakan Ambulance milik Pemerintah Kabupaten Serang, serentak saudara kandung almarhum mengangkat peti mayat yang terbuat dari kayu untuk kotak telur dan di atasnya terdapat penutup dari bambu.
Sebelum jenazah diturunkan, wangi semerbak menyebar di sekeliling jenazah, namun karena aku pikir mungkin disebelahku ada yang memakai parfum, maka aku kira bukan dari jenazah.. Namun wangi yang belum pernah aku cium itu semakin menguat, ketika jenazah dimasukan ke dalam rumah tersebut.
Ketika Jenazah dibaringkan sebelum dipindahkan ke keranda milik Desa kelahiran almarhum, dan Embay Badriah, mendapatkan giliran pertama untuk melihat muka anak kesayangannya, suasana begitu senyap, meski rumah tersebut dipenuhi anak, istri orang tua dan keluarga Imam.
Kami semua khawatir, ibunda Imam tidak kuat menahan tangis dan pingsan jika melihat jenazah tersebut. Ternyata dugaan kami meleset jauh, begitu kafan yang menutupi wajah Imam dibuka, seisi rumah menjadi
kaget dengan teriakan takbir Embay, "Allahu akbar, Allahu Akbar, Azis senyum," teriak Embay, sehingga membuat isi rumah lainnya berebutan ingin mencium.
Nampak wajah Imam seperti orang yang sedang tidur nyenyak dan bibirnya tersenyum. Bahkan tak satupun orang yang hadir menampakkan kesedihannya ketika wajah Imam terlihat. "Abi senyyum, abi senyum," teriak Salsabila, putri kedua Imam Samudra.
Selesai kami sekeluarga melihat dan menyolatkan jenazah yang menghabiskan 30 menit, sesuai dengan waktu yang diberikan pemerintah, jenazah tersebut dibawa dengan menggunakan ambulance milik MER-C, karena almarhum berwasiat tidak boleh mengunakan kendaraan milik pemerintah menuju masjid Al-Manar, Desa Kebaharan Kelurahan Lopang Kota Serang. Sejak keluar dari rumah milik mertua almarhum, tak henti-hentinya takbir bergema di sepanjang jalan menuju masjid tersebut.
Kami tak pernah membayangkan, ratusan ribu pelayat akan mengiringi jenazah Imam, di pintu masuk masjid mereka sudah menunggu sambil bertakbir tak henti-henti.
Usai disholatkan di Masjid al-manar, jenazah dinaikkan kembali ke ambulance MER-C. Sementara ribuan pelayat lainnya mengiringi sambil menggemakan takbir. Bahkan polisi tak kuasa menahan laju mereka untuk menguasai sepanjang jalan menuju pemakaman di Lopang Gede, desa kelahiran Imam. Dan akhirnya tepat jam 11 jenazah tiba di pemakaman tersebut, meski sempat terjadi "bentrok" antar massa dan polisi.
Ketika jenazah dimasukkan ke liang lahat, tak sedikit pun merasakan beratnya jenazah, kami seperti mengangkat satu dus mie instant. Bahkan jika tak khawatir diprotes anggota keluarga lain mungkin hanya satu orang saja yang mengangkat jenazah tersebut.
Subhanallah.. ternyata darahnya masih menetes dan menyebar di kain kafan bagian punggung belakang sebelah kiri, hingga membuat yang menyaksikan berteriak. "Darahnya segar, darahnya segar," teriak Yuli, adik kandungnya.
Usai ditutup dengan tanah, kami bertanya kepada Muhidin, pimpinan penggali makam, apakah ketika menggali tanahnya keras ataun tidak. "Demi Allah, empuk, dan gampang digali," kata Muhidin.
Rosadi, ketua RW 01 Lopang Gede, ketika ditanya mengenai lamanya waktu untuk menggali kuburan, ia mengatakan hanya menghabiskan waktu tidak lebih dari dua jam. "Saya nyuruh jam dua, dan sudah beres jam emapt kurang," katanya. (lulu jamaludin/arrahmah.com)

Syaitan di REJAM dengan 'petir' ketika TRIO syuhada di hukum mati !
Oleh albanjari
trio yg dihukum tembak adalah merupakan orang alim dan guru pondok yang mempunyai ribuan murid, lihat saja dalam tv betapa jenazah mereka disambut sebagai mujahid. . . takziah diucapkan dan di iringi dengan al-fatihah. Rakaman dari Indosiar TV menunjukkan dan jelas kedengaran bunyi petir yang kuat seolah-olah mengiringi eksekusi ketiga pejuang Islam ini. Dentuman petir yang amat 'nyaring' itu kedengaran dengan amat jelas ketika hukuman tembak selesai dilangsungkan, sedangkan tiada riak hujan mahupun ribut bakal menyusul, malah bunyi petir itu seakan 'teriakan' menyambut trio 'syahid' ini. Petir adalah rejaman terhadap syaitan yang cuba mengacau upacara pemakaman syuhada.
Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini dalam Al-Quran. Dan ayat-ayat Allah tentang petir, Allah swt. berfirman, bahwa Dia menghadirkan petir pada manusia sebagai sumber rasa takut dan harapan. Allah juga berfirman bahwa guruh yang muncul saat petir menyambar bertasbih memujiNya.
Dibawah ribuan jamaah yang mendokong agama dan islam merapati jenazah Imam Samudra, 38,yang dibawa ke Serang, Banten pada pagi kelmarin. Tengah malam tadi dia bersama Amrozi Nurhasyim, 47, dan Ali Ghufron, 48 telah di hukum tembak sampai mati, dimana butiran peluru tepat mengenai jantung 'pejuang islam' ini. Atas permintaan 'pejuang islam' ini, mata mereka tidak ditutup ketika hukuman dilangsungkan. Allah hu Akbar

Puluhan ribu telah menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga 'pejuang islam' tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir. Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini. Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan. Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir

"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan. "Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya. Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.
Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini. Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat.
Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:
"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka," katanya.
Dalam pada itu, laporan Bernama semalam menyebut sejak Mahkamah Agung Indonesia memutuskan hukuman mati itu akan dilaksanakan pada awal bulan dan tidak akan melepasi 15 November.
Laporan media massa tempatan menyebut mereka yang diiringi dua pegawai pemerintah ialah kedua-dua isteri Amrozi iaitu Choiriyana dan Rochma, juga kedua-dua isteri, Muklas, iaitu yang dikenali hanya dengan nama Paridah yang berasal Malaysia dan Ana dari Solo, Jawa Tengah. Seorang anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan dua adik beradik kandung Amrozi juga turut berangkat.
Petanda ke arah dekatnya pelaksanaan hukuman mati itu sudah cukup banyak dilaporkan termasuk persiapan tiga buah helikopter oleh pihak berkuasa untuk membawa jenazah ketigatiga mereka ke kampung halaman masing-masing dan keterangan keluarga Amrozi bahawa mereka dilarang mengkafankan semula jenazah itu.


Wajah terakhir As Syahid(InsyaAllah)Imam Samudera. Klik di sini.


Laungan takbir mengiringi berita pemergian mereka yang disampaikan oleh abang kandung Amrozi dan Ali Ghufron iatu Ustaz Chozin. Dihadapan ratusan pelajar dan simpatisan di Pesantern Al-Islam sebentar tadi, Ust Chozin menyebut " semoga arwah saat ini sudah terbang bersama burung-burung hijau ".kisah selanjutnya layari http://www.detik.com/ Untuk tonton temuramah bersama isteri-isteri mereka ini sebelum ditembak sila klik sini.

Suasana haru menghiasi kediaman orang tua kedua mujahid yang Insya Allah telah syahid, Amrozi dan Ali Ghufron di Tenggulun. Ditambah dengan datangnya tiga burung hitam yang berputar-putar di atas rumah.
Lebih dari tujuh menit burung tersebut berputar-putar, seakan memberikan persaksian bahwa mereka adalah para syuhada. Istri dari Ali Ghufron, Ustdzh. Paridah Abbas menambahkan, dia melihat langit membentuk kalimat Allah saat ketiga burung tersebut datang.
Sejak semalam, sekitar pukul 22.20 lapangan yang direncanakan menjadi helipad untuk helikopter pembawa jenazah kedua syuhada (Insya Allah), Amrozi dan Ali-Ghufron, dijaga ketat oleh puluhan polisi.
Tepat pukul 23.53, ketiga mujahid akhirnya syahid (Insya Allah) di tangan toghut la'natullah. Begitulah pesan yang diterima redaksi Arrahmah.com langsung dari Ust. Ali Fauzi. Saat helikopter hendak mendarat, di kediaman ibu dari kedua mujahid (Amrozi dan Ali Ghufron) telah mengadakan prosesi persiapan penyambutan jenazah. Pintu-pintu rumah selain akses depan di tutup rapat. Wartawan tidak diperbolehkan masuk kecuali dua orang keluarga yang boleh menggunakan kamera.
Di dalam rumah, kakak tertua, Ust. Khozin memberikan nasehat. Sesuai dengan wasiat kedua mujahidin, tidak boleh ada yang menjerit, melakukan nihayah, boleh menangis tetapi tidak meraung-raung atau sampai tersedu.
Koresponden Arrahmah yang berada di Tenggulun mengatakan, dia berada di shaf terdepan saat menyalatkan jenazah berjamaah dengan istri-istri kedua mujahid. Bau harum semerbak bertebaran dalam ruangan. Kedua mujahid terlihat tersenyum dan wajahnya bersih, sangat bersih, serta jauh lebih tampan. Allahu Akbar!
JURUKAMERA dan wartawan mengambil gambar huruf 'H' yang ditandakan di kawasan lapang perkampungan Amrozi dan Mukhlas dipercayai tempat helikopter menghantar mayatnya selepas hukuman. Gambar kecil (dari kiri) Mukhlas, Imam Samudra dan Amrozi.
Mukhlas, Imam Samudra dan Amrozi bin Nurhasyim

Menunggu … Mukhlas (kiri) dan Amrozi di dalam penjara Nusakambangan di Cilacap, Indonesia.
Amrozi, Imam Samudra dan Mukhlas masih meraikan 'idul fitri 1429
Imam Samudra

Mukhlas
Amrozi
Tempat bersemadi… Amrozi dan Mukhlas berharap akan dikebumikan berhampiran dengan makam ayahanda mereka. Gambar kecil: Mukhlas, Imam Samudra dan Amrozi.
Amrozi (kiri), Mukhlas (2 dari kiri), dan Imam Samudra (kanan) bersama peguam Achmad Wasiat dari Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas

Sunday, November 16, 2008

WARNA AURA DAN PERSONALITI

Serba sedikit mengenai warna-warna aura, Saya tidak memberikan secara detail, cuma sekadar pemahaman saya, semasa saya mempelajari terapi melalui aura reiki.Namun begitu Aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.
§ Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.
§ Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.
§ Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
§ Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
§ Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .
§ Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
§ Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
§ Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
§ Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.
§ Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.
§ Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.
§ Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

so....sahabat semua...anda yang mana satu?

Reverse Versus Will Power



Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel menarik rakan seperjuangan saya dalam perbincangan mengenai future phenomenon. Ianya berkaitan dengan law of atrraction.
salam…
reverse versus will…?
apakah itu. kali ini saya ingin membawa anda menyelami pengertian sebenar, kenapa sesuatu event itu terjadi dan kenapa kadang kala sesuatu ramalan mahupun kajian tidak terjadi biarpun ianya sudah cukup dengan segala fakta-fakta.
reverse bermaksud ulang-balik, pantulan dan sebagainya.
reverse juga boleh di ertikan dengan
reverse psychology. akan tetapi, dalam kontek future phenomenon, reverse itu bererti sesuatu yang di terbalikkan daripada terjadi.
kepada mereka yang pernah membaca artikel saya yang bertajuk
‘future event 2008?, anda mungkin tertanya-tanya, apakah benar itu akan terjadi.
untuk mengetahuinya, saya akan jelaskan dalam artikel ini. future phenomenan adalah satu teori yang memang berhubung kait dengan keistemewaan manusia.
manusia telah di anugerahkan “WILL POWER”. jika di dalam quran, ada menyebut bahawa, ALLAH tidak akan mengubahkan nasib kamu sendiri..melainkan KAMU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA.
inilah di namakan takdir
(QADA DAN QADAR):-
QADA di pilih sebagai haluan hidup, sebagaimana perjanjian kita dengan ALLAH di alam arwah. akan tetapi, di dunia ini, kita di beri PILIHAN/WILL POWER untuk memutuskan apa yang baik dan apa yang tidak. QADA atau takdir memang tidak boleh di tentukan, akan tetapi perjalanan menuju kepada QADA/TAKDIR tadilah di namakan WILL POWER/QADAR…anda sendiri memilih perjalanan mana anda ingin pergi. samada ‘highway’ yang selesa, ‘lorong’ yang sempit dan sebagainya. oleh kerena itulah, kita sebagai manusia, tidak boleh sama sekali putus harapan, kerana kita sendiri yang mengubah perjalanan hidup kita.
hal ini berkai rapat dengan LOA, iaitu
LAW OF ATTRACTION.
ia adalah satu kuasa alam/universe yang di namakan undang-undang. kenapa ia di beri nama begitu? ini kerana, di dunia penuh cabaran ini, ALLAH telah tetapkan satu perkara seperti ayat 6 dalam surah al-fatihan:-
“engkau lah yang kami sembah, dan engkau sajalah kami meminta pertolongan“
jadi, pertolongan adalah LAW of UNIVERSE. hendak tak hendak, kita harus meminta pertolongan. pertolongan inilah kita namakan sebagai DOA/pray.
jadi, berbalik kepada tajuk, reverse versus will…,
setiap perkara yang akan terjadi sebenarnya sudah di tetapkan oleh ALLAH. kiamat adalah pengakhiran dan tak mungkin akan dapat di elakkan. jadi, itulah QADA untuk alam dan manusia.
akan tetapi, dalam perjalanan ke ‘kiamat’, terdapat pelbagai laluan. dan laluan ini di penuhi oleh pelbagai event-event. baik yang elok mahupun tidak.
oleh hal demikian, perkara yang elok, senang untuk manusia yang memiliki ‘will power’ untuk menerimanya. tetapi, bagaimana pula jikalau sesuatu yang buruk?
sebagai contoh, jika anda baca artikel saya “future event 2008?, anda tahu perkara buruk akan terjadi di masa hadapan. dalam sedang anda baca, akal bawah sedar anda akan mengikut ‘will power’ anda.
jika anda kata, event yang bakal berlaku nanti akan membawa kepada sesuatu yang positif, maka JADILAH ia mengikut ‘will power’ anda.
jika anda takut untuk menghadapainya, secara tak langsung, anda telah berdoa supaya perkara itu di jauhi.
persoalan kini adalah, anda menerima atau tidak?!
menerima itulah kami memanggil sebagai “will power”…mengikut flow alam yang sudah di tetapkan
jikalau menolak, maka itu di panggil “reverse will power”…anda memantulkan balik perjalanan itu menjadi terbatal atau di ‘reduce’kan skalanya.
maka, inilah saya namakan sebagai, reverse versus will power.
persoalan yang paling penting sekarang ini ialah, apakah reverse atau will power yang akan menang. sudah tentu jawapannya, bila sesuatu event itu betul-betul berlaku atau tidak.
seandainya future event 2008 yang saya senaraikan itu tidak berlaku, maknanya kita masih ’selamat’, akan tetapi, ia pasti di ganti dengan event yang lebih dasyat. jadi, sejauhmana will power manusia boleh mengelak ianya dari terjadi?
pokokya disini, tujuan saya memberitahu anda mengenai ini adalah, anda adalah ciptaan ALLAH yang sempurna. anda di anugerahi dengan keistemewaan yang tidak terhingga. tapi, kenapa pula kita bongkak dan sombong, padahal segalanya dari ALLAH jua.
apabila anda telah menyedari hakikat WILL POWER ini, seboleh-bolehnya, marilah kita mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. selaras dengan itu, bersyukur lah kita kerana ALLAH telah membekalkan kita sesuatu anugerah yang tidak ternilai ini. ini semua kerana kasih sayangNYA.
jadi, kepada mereka yang berani menyahut ‘kiamat’ untuk kehidupan yang lebih baik, maka anda telah mengunakan ‘will power’ dengan seikhlas mungkin dan redha atas ketetapan ALLAH.
bagi mereka yang tidak sanggup, anda telah mengunakan “reverse will power” itu demi diri, keluarga dan manusia dan anda telah memberi kesempatan kepada diri untuk mengubah kehidupan dan menjadi lebih baik.
jadi, gunakanlah will power ini di dalam apa jua kegiatan anda untuk kehidupan yang lebih baik dan yakinlah.
untuk event-event masa akan datang, anda sendiri yang membuat pilihan. siapa yang menang, itu keputusan ALLAH. sekali lagi saya tekankan. TAKDIR KIAMAT sudah di tetapkan, anda yang harus memilih jalan menuju kepada itu.
apapun ALLAH jua yang maha mengetahui segala

Barack Obama, Anda dan sejarah

Semalam, seluruh dunia menyaksikan kemenangan golongan minoriti African -American selepas majoriti penduduk Amerika menyokong Senator Barack Obama sebagai presiden Amerika yang ke 44.
Sebagai rakyat Malaysia, apakah yang boleh kita pelajari daripada kemenangan tersebut?
Walau dimana juga kedudukan kita ketika ini, walau apa pun bangsa kita, walau apa jua halangan atau cabaran yang telah ditempuhi asalkan kita mempunyai keazaman, keinginan keyakinan dan kepercayaan, kejayaan bukanlah satu perkara yang mustahil. Obama telah membuktikannnya.
Sekiranya Obama mampu mencipta sebahagian sejarah Amerika, walaupun tidak dilahirkan dalam keadaan mewah, Anda juga pasti dapat mencipta sejarah hebat Anda yang tersendiri.
Mungkin Anda tidak mencipta sejarah sebagai seorang perdana menteri atau presiden, cukuplah satu sejarah untuk diri Anda ingati, sejarah hebat untuk Anda bercerita kepada generasi keturunan Anda. Sejarah yang menjadikan diri Anda sentiasa dikenang dan dikagumi dan sejarah yang memberikan panduan dan semangat untuk generasi keturunan Anda sentiasa mencipta kejayaan demi kejayaan.
Percayakah Anda, adakalanya sejarah yang menjadikan kita dan generasi kita terus gagal, dan sudah pasti sejarah juga yang menjadikan diri kita cemerlang dan gemilang.? Percayakah Anda? Jom kita bincang sebelum saya memberikan lebih huraian untuk artikel saya yang akan datang.

Nabi Isa AKan Muncul Sebagai Manusia Paling Maju Di Dunia

Satu lagi artikel dari blog kegemaran saya, hasil tulisan Ibn Yaacob
Beratus-ratus laman web dari seluruh dunia menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:
1. Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.2. Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.3. Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.4. Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.
Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..”
Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.
Ciri-Ciri Manusia Maju
Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:
* Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.* Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.* Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.* Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.* Mengetahui selok-belok tempat di dunia.* Dan lain-lain lagi…
Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:
* Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.* Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.* Strategi peperangan yang lebih maju.
Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawan makhluk termaju.
Apa yang perlu dibimbangi?
Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga perkara:
* Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. Mungkin disebabkan wajahnya telah diubah.* Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.* Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.
Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.
Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut lebih lama dari yang kita dijangkakan.
Wallahu’alam….

perangi yahudi

Misi Rahsia Yahudi Dalam Walt Disney
Hari ini saya ingin berkongsi satu lag artikel yang ditulis oleh Ibnu yaakob melalui blog nya www.dajjal.wordpress.com
Semoga kita akan dapat mengambil iktibar dalam mendidik minda anak-anak kita.
(Gambar) Pengasas Walt Disney Picture, Mr. Walt Disney
(Gambar) Taman Tema Disneyland, berhati-hati dengannya!
Seperti yang diketahui, pengasas Walt Disney Picture dan Disneyland adalah seorang Yahudi Zionist yang sejati. Bukan itu sahaja, malah Walt Disney juga seorang gay atau homoseksual. Jadi tidak hairanlah semua filem-filem kartunnya menerapkan ciri-ciri homoseksual dan pornografi tanpa disedari oleh ibu bapa tetapi disedari oleh anak-anak mereka.
(Gambar) Pastor Josue Yrion
Pada gambar di bawah, dapat dilihat bahawa pereka kartun Roger Rabbit sengaja membuatkan watak perempuan tersebut berada dalam keadaan mengghairahkan. Kita mungkin tidak perasan perkara-perkara seperti ini kerana kita tidak menunggu gambar kartun berputar sehingga tamat bersama anak kita. Kita hanya membiarkan mereka melihat seorang diri.
Kekejiaan Yahudi Walt Disney ini tidak sahaja ditonjolkan dalam kartun tetapi diberikan penerapan di luar pawagam terutamanya di taman tema Disneyland. Lihat gambar budak perempuan di bawah yang menaiki patung mainan elektrik. Lihat pada gaya kedudukan Donald Duck tersebut. Dalam banyak-banyak kedudukan, kenapa pereka patung tersebut membuat gaya kedudukan sedemikian? Mungkin anda boleh jawab…
Kita biasanya tidak melihat design mesin elektrik tersebut kerana sibuk melihat telatah anak kita menaikinya. Tetapi lain bagi kanak-kanak, apabila mereka duduk di atas patung seperti itu atau mana-mana patung lain, mereka akan menghafal bentuk kedudukan patung dan rupa parasnya sekali.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak atau abang / kakak yang mempunyai adik-adik kecil, diharap agar lebih teliti dan sensitif dalam ruang persekitaran. Janganlah semata-mata untuk membuatkan anak-anak kita tida menganggu di dapur maka kita menyajikan mereka dengan kartun-kartun di Astro tanpa berfikir panjang.
PS: mudah-mudahan kita menjadi umat Islam yang sentiasa mengkaji dan memerhati bukannya menelan ludah Yahudi barat.
Wassalam..

Tuesday, November 4, 2008

tuhan lebih tahu

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis...

Monday, November 3, 2008

abang bagi lagu ni untuk aku....ye ..ye...

Thursday, April 03, 2008
.:: Buatmu Duhai Isteriku ::.
بسم الله الرحمن الرحيم


BIDADARI

Bidadari bidadari,
Temanilah resahku,
Bidadari bidadari,
Tenangkanlah jiwaku.
Cinta setia, hidup mati,
Selamanya, Kerna kau isteriku, Isteriku tercinta,
Pelengkap rusuk kiriku.
Bidadari bidadari,
Jadilah pendampingku,
Bidadari Bidadari,
Jadilah sang setia.
Kerna cinta, Cinta suci, Ertinya tidak pernah sepi,
Sepi daripada Cubaan yang tak terduga.
Kau umpama bintang utara,
Penunjuk jalan yang terang,
Kau beri harapan,
Saat ku jatuh bangun semula.
Kau berikan sakti cintamu,
Penawar racun berbisa,
Dan ikatan kita,
Cinta abadi hanya di Syurga.

segalanya untukMu

Oh Tuhan…seandainya telah kau catatkan dia miliku, tercipta untuk diriku ,satukanlah hatinya dengan hatiku…..
Titipkanlah kebahagiaan…Ya Allah… ku mohon apa yang telah kau takdirkanKu harap dia adalah yang terbaik buatkuKerana engkau tahu segala isi hatiku pelihara daku dari kemurkaan mu
Ya Tuhanku yang Maha pemurah,
Beri kekuatan jua harapan membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwaKu kupasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku pasangan beriman bisa menemani aku Supayaku dan dia dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang engkau redhai…
Ya allah…..Oh Tuhan seandai dia…Menjadi milikku Satukanlah…
Ya allah ku mohon apa yang telah engkau takdirkan
Kuharap dia adalah yang terbaik buatku Kerana engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu…
Ya Tuhanku yang maha pengasih engkau sahaja pemelihara ku
Dengarkan rintihan hambamu ini
Jangan engkau biarkanku sendiri…Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang tumbuhkanlah yang telah patah
Ku inginkan bahagia di dunia dan akhirat
Padamu Tuhan ku mohon….segala….Amin...

jom para isteri kita pakat buat..

kalau nak sentiasa disayang, namapak manis dn ceria, amalkanlah seperti di bawah ni...
dulu ustazah bg kt saya ...
tapi masa tu x amek port sangat sbb x pk nk kawen...
tp skunk, da tau asam garam umahtangga wei..memg kena blaja n amal...wallahu alam.


Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

Allahu Akbar!!!

Hikmat, Rahsia Dan Khasiat Surah dan ayat Alquran AlKarim
BISMILLAH ( Dengan nama Allah )
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescayaterpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia danjin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberaniandan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH ( Pembukaan )
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dannescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapamembaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinyadilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahayarohaninya.
AYAT AL-KURSI ( Kekuasaan Allah )
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescayaterpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya,seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendaktidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakankepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akanmeninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkanpara malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembacasehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yanglain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akanmembuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nurmenurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal duniapada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akanterpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabutrohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihadbeserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindardarinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinandan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialahazab neraka.
SURAH AL-BAQARAH ( Sapi Betina )
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan marabahaya.
SURAH ALI-IMRAN ( Keluarga Imran )
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya iaakan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat darigangguan jin.
SURAH AN-NISSA’ ( Perempuan )
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akanterselamat dari kejahatan para penjahat.
SURAH AL-MAIDAH ( Hidangan )
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yangmungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dariwas-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hinggaayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yangbercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
SURAH AL-AN’AM ( Binatang Ternak )
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar darisegala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca olehpenumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
SURAH AL-A’RAAF ( Benteng Tinggi )
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyangfardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segaladosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akanterpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmatAllah.
SURAH AL- AN FAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan danakan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surahini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan majuperniagaannya itu.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil,nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu denganselamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akanterhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatanserta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat darigangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membacaayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang,nescaya akan mencapai ketetapan hati.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikankemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, iaakan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membacaayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepadaanak-anaknya.
SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat daripetir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakitjantungnya akan sembuh.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescayaanak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atasperempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannyaitu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangbercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapamembaca ayat 80 dari surah ini, ketika pulang dari perjalanan, nescayadia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempatdengannya.
SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapatrezeki yang murah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat.
SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmupengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membacaayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepassembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapatsebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yangselalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akanterselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian danserangan musuh.
SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yangburuk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaatsebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, laluair itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamatdari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengansenafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yangberbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekalkepadanya.
SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidakakan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurnadan budi pekertinya akan halus.
SURAH AL-AN KABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapamembacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yanghendak menzaliminya.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-galapenyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membacaayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
SURAH AS - SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke ataskanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-galapenyakit ruhani dan jasmani.
SURAH AL-AHZAB (Golongan-Golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya iaakan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membacaayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakanmusuh-musuhnya.
SURAH SABA’ (Saba’)
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
SURAH FAATHIR ( Pencipta )
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkatiperniagaannya.
SURAH YAASIIN ( Hai Manusia )
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hatidan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescayaakan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satuhadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surahYaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku inginbenar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dancita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malamJumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa keduaibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekaliketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannyaitu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia matipada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekaliselepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan darisiksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turunkemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dankegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmatdan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalamkitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh andasekalian.
SURAH ASH-SHAAFFAAT ( Yang Berbaris )
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripadagangguan jin.


SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiansejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku,mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.” [Al-Mukmin: 60]

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

salam perkenalan buat semua sahabat

ana ukhtikum fil islam( dilu time study slalu guna)

hadir diriku untuk mengenali kamu

hadir dirikuk mengemis ilmu darimu

terima lah aku..