Monday, January 11, 2010

fuhhh..

salam kengkawan..da agak lama saya x jengah blog ni..bukan ape, yg sbnarnye saya tlupe password blog siap username skali ...n lagi satu sbb , sbb da cncentrate ngn FB..walau apapon.. saya akan tetap update blog ni jika ada masa n klapangan...maklum la,,,da bbadan 2 ni cepat sgt penat n pening2..x pe, ganjaran yg Allah bg pon da ckup berbaloi2...

Thursday, June 11, 2009

terlanjur cinta membuatkan aku terlalu merinduimu


Waktu bergulir
Lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta….


Terus mencari bayang dirimu
Walau ku tahu itu tidak mungkin
Terus memanggil namamu
walau ku tahu itu sia-sia
lantas aku akur dan pasrah dengan semua
Kerana sekali cinta...aku tetap cinta

Tuesday, June 9, 2009

selamat jalan sayang..................



arini abang kena outstation...g kuantan. 3 hari. ada kes bicara kat sana. So , untuk 3 hari ni aku kena la uruskan anak2 n segalanya sorang2.
smalam abang balik kul 3 pagi..habiskan keje dia. Nak chat ngan aku n anak2 pon x sempat...(agak angin dengan kesibukan dia..huh!)
Mana x nya...memang profession dia tu suka bagi banyak keje
tanggungjawab yg besar untuk negara malaysia ni la katakan!
harap2 anak2 x meragam nk abi dia 3 hari ni...n x rindukan abi....

Sunday, June 7, 2009

my 1st day @ my 2nd wik

salamz..............i'm so bored today....

da lama x jengah blog sendirik, masa x ada, tp ni diadakan jgk...
nk bangun subuh td sikit punye susah...smlm tdo kna kacau! aqeel pon x sedap badan, ek ek je...pity him!
senang je nk kejut teeha n areef bagun nk g skul td...suma muke hepi je nk g skul...
aku je yg bz nk siapkn suma barang without my husband's hands! huh....
h/eva...dis monday is not a gud day 4 me....:(

Friday, June 5, 2009

Monday, November 17, 2008

Buah manggis & kaitannya dgn Islam..(”,)

Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.
Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
“Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng,” kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.
“Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?”
Ah Seng tersengih mendengar soalan-soalan Haji Seman.
“Eh… Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi,” katanya menjawab sekaligus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.
“Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man,” katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkay cina ini.
Tapi…
“Tapi apa, Ah Seng,” dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.
“Pak Man tak marah kalau saya terus terang?” Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.
“Cakap le. Aku tak marah,” kata Haji Seman memberi jaminan.
“Sebenarnya, Pak Man,” Ah Seng memulakan.
“Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak. Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya.”
“Oh… Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,” tanya Haji Seman.
“Dimana kamu letakkan ugama Islam?”
“Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat.”
“Ah Seng… Ah Seng,” Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.
“Begini, Seng,” sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari
keranjang.
“Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang
dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak.”
Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.
“Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa,” Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.
“Mmmm… Manis. Bagus manggis ni.”
“Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le.”
“Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya.”
Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

~~ p/s: Hmm, menarik sungguh kisah ni.. menyedarkan sy ttg kepentingan utk m’jadi seorg daie yg kreatif & mampu think out of the box..selain tu, kita juga perlu sentiasa tafakur melihat alam sekeliling krn di sebalik ciptaan-Nya, t’sirat byk pengajaran berharga.. =) ~~
pp/s: saya suka manggis!

Selasa....10.30pg...ofis BBG....

persahabatan



“PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susah.Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan.Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.Sukarnya mencari sahabat sejati.Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah.Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.Rosaknya keperibadian seseorang.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain.Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi musuh.Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusia.Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.
Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik.Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.